Taman Persekutuan

Bukit Kiara

Taman Persekutuan, Taman Awam Berskala Besar Bukit Kiara adalah merupakan muzium hidup yang menjadikan tempat lokasi pokok utama, pokok renek dan tanaman tutup bumi. Pokok-pokok hutan berkayu dan tanaman sokongan hutan hujan khatulistiwa akan ditanam mengikut rekabentuk senibina landskap berasaskan hutan semulajadi.

Pembangunan TABB Bukit Kiara dibahagikan beberapa ZON pembangunan.

  • Zon Rekreasi Keluarga
  • Zon Tropika Khatulistiwa Asia
  • Zon Arboretum Bernilai Tinggi
  • Zon Riparian / Konservasi Hidrologi
  • Zon Biodiversiti (Forest Restoration)

Permohonan Aktiviti

Penggunaan Taman Persekutuan Bukit Kiara perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Landskap Negara sebelum sesuatu program/aktiviti hendak dijalankan dan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan

Maklumat Lanjut
Responsive image
Peta Inventori TPBK

Maklumat-maklumat seperti jenis pokok, bilangan pokok, lokasi dan kedudukan pokok, saiz pokok, status kesihatan semasa pokok serta keperluan penyelenggaraan untuk setiap pokok adalah berguna dan perlu sentiasa dikemaskini.

Maklumat Lanjut
Responsive image
Komuniti

Komuniti ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk mendapatkan penglibatan yang lebih ramai orang awam khusus dalam kalangan penduduk sekitar Taman Persekutuaan Bukit Kiara.

Maklumat Lanjut

Soalan Lazim


Sila ke pautan Jabatan Landskap Negara atau rujuk di halaman Hubungi Kami.

Ibu Pejabat JLN terletak di Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Untuk alamat penuh, rujuk halaman Hubungi Kami.

Pengurusan landskap merupakan elemen penting bagi memastikan kaedah tanaman dan landskap sentiasa dalam keadaan sempurna dan berfungsi dengan baik. Antara sub program yang terdapat di bawah program ini adalah:

  • Penyelenggaraan Taman Awam dan Landskap
  • Pembangunan Unit Penyelenggaraan
  • Pembangunan Piawai Pengurusan Landskap

Program Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi merupakan program utama jabatan yang melaksanakan arahan kerajaan supaya dibangunkan taman-taman awam yang berfungsi dan indah. Di samping itu juga pembinaan Taman Awam ini adalah untuk memupuk dan membudayakan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di bawah program ini terdapat 4 projek pembangunan yang terdiri daripada :

  • Pembangunan Taman Awam Baru
  • Naik Taraf Taman Awam
  • Pembangunan Taman Persekutuan
  • Pembangunan Rekreasi Awam

Aduan Dan Pertanyaan

Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa. Utarakan sebarang cadangan, aduan, atau pertanyaan anda kepada kami. Kami menghargai setiap maklumbalas yang kami terima.


Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang komen, cadangan dan maklumbalas berkaitan Taman Persekutuan Bukit Kiara, sila hubungi kami:

Alamat

Taman Persekutuan Bukit Kiara

Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

Bahagian Taman Persekutuan

Aras 8, Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F,

Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62000 Putrajaya.


E-mel:

kpjln[at]jln.gov.my

Telefon:

(603) 8091 0500

Faks:

(603) 8091 0672

Aduan, cadangan atau pertanyaan.