Carian

Kajian Hidupan Liar – PERHILITAN

  • December 04, 2020
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Kajian Hidupan Liar
  • 420

Pengenalan Vertebrata merupakan kumpulan fauna bertulang belakang yang hidup sama ada di darat atau di air seperti mamalia, burung, katak dan ular. Vertebrata juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu fauna yang berdarah panas (endotermic) seperti mamalia dan burung ataupun berdarah sejuk (poikilotermic) seperti katak dan ular yang juga lebih dikenali sebagai herpetofauna. Mamalia pula boleh dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan berat diperingkat dewasa iaitu mamalia besar atau mamalia kecil. Contoh mamalia besar adalah gajah, harimau, seladang ataupun tapir manakala roden, landak, tenggiling atau kelawar merupakan contoh-contoh mamalia kecil. Di dalam kumpulan mamalia, kumpulan mamalia kecil ini merupakan kumpulan terbesar berdasarkan bilangan spesiesnya dan dianggarkan lebih 60% daripada jumlah spesies mamalia di Malaysia terdiri daripada mamalia kecil.

Tupai pinang (Plantain squirrel – Callosciurus notatus)


Tupai muncong besar (Common treeshrew – Tupaia glis)



Tikus rumah (House rat – Rattus rattus)



Cecadu pisang (Short-nosed fruit bat – Cynopterus brachyotis)

Tambahan lagi, kebanyakan spesies mamalia kecil ini boleh dijadikan sebagai spesies indikator petunjuk kestabilan dan kesihatan hutan. Burung merupakan kumpulan vertebrata terbesar yang dicatatkan di Malaysia iaitu sebanyak 742 spesies keseluruhannya. Kumpulan avifauna ini juga terdiri daripada burung residen ataupun burung-burung hijrah. Di samping itu, kebanyakan spesies burung turut dijadikan sebagai spesies indikator petunjuk berdasarkan jenis-jenis habitatnya. Hal ini dapat dipastikan berdasarkan keadaan morfologi dan dietnya. Herpetofauna merupakan satu-satunya kumpulan vertebrata poikilotermik yang terdiri daripada kumpulan amfibia dan reptilia. Amfibia yang mampu hidup di darat dan di air menjadikan ianya unik untuk dikaji manakala kumpulan reptilia pula merupakan kumpulan vertebrata unik yang terdiri daripada ular, cicak dan kura-kura yang mana kebanyakannya adalah vertebrata berbisa dan bersisik.

Berdasarkan inventori yang telah dijalankan, sebanyak 33 spesies dari 11 famili mamalia, 62 spesies daripada 29 famili burung dan 44 spesies daripada 17 famili herpetofauna (amfibia dan reptilia) telah direkodkan. Untuk mamalia, 80% daripada keseluruhan spesies yang telah direkodkan terdiri daripada mamalia kecil terutamanya kelawar dan roden. Hanya 1 spesies sahaja mamalia besar yang dikenalpasti iaitu babi hutan (Sus scrofa).

Berdasarkan Akta Pemuliharan Hidupan Liar, 2010 (Akta 716), hanya 7 spesies yang dilindungi di bawah akta ini. Untuk burung pula, berdasarkan keptusan yang diperolehi menunjukkan ianya terdiri daripada campuran komposisi burung hutan dan burung taman dan 46 spesies merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya dan dilindungi berdasarkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010 (Akta 716).

Burung murai (Oriental Magpie Robin - Copsychus saularis)


Burung merbah kapur (Yellow-vented bulbul – Pycnonotus goiavier)

Untuk Herpetofauna pula, komposisi spesies reptilia lebih tinggi berbanding amfibia dan ular sawa merupakan herpetofauna pemangsa yang paling besar direkodkan. Berdasarkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, 2010 (Akta 716), terdapat 19 spesies merupakan spesies yang dilindungi.




Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672