Carian

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN ANAK SUNGAI, TASIK, KOLAM DAN ALIRAN AIR DI ZON REKREASI KELUARGA, TAMAN PERSEKUTUAN BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

  • December 20, 2023
  • Fateen Afni binti Mohd Noor
  • Penyelenggaraan
  • 98

Mendapan dan kelodak seperti pasir dan tanah yang terlalu banyak akan menenggelamkan dasar sungai secara berterusan sehingga air akan mengalir lebih banyak semasa hujan lebat dan akan menyebabkan banjir di kawasan berhampiran. Perkara ini akan berlaku sekiranya mendapan tersebut menghalang aliran air, mengurangkan kapasiti tampungan kolam dan menyebabkan laluan air tersumbat.

Kerja-kerja membersih dan menyelenggara kawasan anak sungai daripada mendapan pasir, sampah sarap, dedaun, lumut, rumput rampai terapung, kotoran dan bahan enapan dilaksanakan secara berkala di Taman Persekutuan Bukit Kiara. Kerja-kerja ini dilakukan secara manual oleh pekerja-pekerja penyelenggaraan taman.



Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672