Carian

Pengenalan Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur

  • November 24, 2019
  • Pentadbir Sistem Utama
  • TPBK
  • 504

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2007 telah bersetuju untuk membangunkan sebuah Taman Awam Berskala Besar (TABB) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur dengan keluasan 466.86 ekar. 

Taman ini akan dibangunkan sebagai Taman Persekutuan bagi menampung keperluan rekreasi pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Lembah Klang khususnya dan negara amnya. Pembangunan taman ini selaras dengan teras dan misi nasional iaitu untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.

Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diberi mandat sepenuhnya untuk merancang, mengawalselia rekabentuk, melaksana dan mengurus pembangunan taman di mana pelaksanaan pembangunan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat (berfasa) mengikut keutamaan berdasarkan Pelan Induk yang telah disediakan.



Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672