Carian

Pelan Konsep

  • November 15, 2019
  • Adnan bin Baharuddin
  • TPBK
  • 529


Pembangunan TABB Bukit Kiara dibahagikan beberapa ZON pembangunan. Pembangunan ini adalah berdasarkan kepada keadaan permukaan dan inventori semasa di tapak.

1. Zon Pentadbiran dan 'Garden Centre'

  • Kompenan pembangunan:

- Pejabat pentadbiran taman

- Bangunan koleksi herbarium

- Bilik pameran dan Interpretasi pelawat

- Medan selera

- Display Garden – Pengenalan Arboretum

- Lot-lot Garden Retail Centre

- Kawasan tempat letak kenderaan

- Terminal Tram & Buggy

  • Merupakan zon alu-aluan kepada pengunjung taman.
  • Pembangunan secara komprehensif


2. Zon Rekreasi Keluarga

Pembangunan di kawasan ini hanya akan melibatkan kerja-kerja naik taraf menyeluruh kawasan Taman Lembah Kiara dengan penyediaan kemudahan rekreasi yang lebih komprehensif dan selesa. Kemudahan rekreasi yang bakal disediakan akan memenuhi keperluan semua golongan pengguna taman dengan komponen rekreasi menggunakan pendekatan teknologi terkini. Kemudahan-kemudahan ini akan dapat menampung keperluan pengguna yang makin bertambah. Di antara kemudahan yang ditambah ialah wakaf, alat senaman interaktif, kawasan permainan kanak-kanak serta kemudahan – kemudahan lain. Walau bagaimanapun persekitaran dan imej taman sedia ada dikekalkan bagi memberikan sentuhan semula jadi untuk sebuah taman bandar.

  • Mengekalkan imej & karektor taman.
  • Pelaksanaan kerja-kerja naik taraf rekreasi bagi memenuhi keperluan semua golongan pengguna.
  • Penanaman pokok bagi meningkatkan karektor visual dan fotografi.


3. Zon Arboretum Tropika Khatulistiwa

Pembangunan Zon Tropikal Khatulistiwa Asia adalah bertujuan untuk memperkenalkan spesis-spesis pokok hutan berkayu di kalangan negara-negara Asia Pasifik termasuk dari India ke China Selatan, Malaysia dan Indonesia sehingga ke Australia Utama. Dengan ketinggian 264m dari aras laut, ia terletak dalam kategori Hutan Dipterocarp Pamah mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesis utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.

Sebagai kawasan yang dikenal pasti dalam Kelas IV – Hutan ameniti, hutan ini berfungsi sebagai kawasan arboretum dan menyediakan kemudahan rekreasi. Spesis eksotik ditanam untuk meningkatkan nilai ameniti taman. Cadangan spesis-spesis utama ialah spesis pokok kaum Dipterocarp iaitu berdamar dengan 9 genus, 163 spesis utama dan pokok kaum bukan Dipterocarp iaitu tidak berdamar dengan 94 famili dan 760 genus utama.

Terdapat 4 lapisan komposisi hutan dalam Hutan Hujan Khatulistiwa iaitu:

  1. lapisan Timbul -100-240 kaki;
  2. lapisan Lelangit- 60-130 kaki;
  3. lapisan Bawah Lelangit – 60 kaki; dan
  4. lapisan Lantai Hutan – bahagian bawah hutan. 


4. Zon Arboretum Bernilai Tinggi

  • 50 ekar penanaman spesis pokok hutan yang bernilai komersil.
  • Contoh - Pokok Gaharu, Vanilla, Tongkat Ali dan Kayu Manis.


5. Zon 'Riparian'/ Konservasi Hidrologi

  • Kawasan lembangan anak Sungai Penchala.
  • Pendekatan pemeliharaan melalui proses memperkayakan ekosistem.
  • Pembangunan zon bertujuan mewujudkan :
    • Zon penampan semulajadi
    • Zon pengkayaan semula ekosistem melalui kaedah :
      • Zon habitat
      • Koridor fauna
      • Sumber makanan
      • Habitat hidupan akuatik


        6. Zon Biodiversiti ( Forest Restoration)

        • Pemulihan semula hutan melalui pendekatan ekosistem semulajadi dengan mengambil model hutan tropika sedia ada.
        • Pembangunan zon sebagai kawasan penyelidikan bagi pemulihan semula hutan di tanah yang terganggu.
        • Konsep pembangunan - memperkayakan semula kawasan habitat dan ekosistem semulajadi hutan hujan tropika (‘Forest Restoration’).
        • Sebagai Hab Pelancongan Eko – Biodiversiti dalam bandar.
        Carian
        Hubungi Kami

        Bahagian Taman Persekutuan
        Aras 8, Blok F10, 
        Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
        Tel.: (603) 8091 0500
        Faks.: (603) 8091 0672