Carian

Larangan Membawa Haiwan Dan Vandalism

  • December 21, 2020
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Informasi
  • 156
Jabatan Landskap Negara dengan kerjasama pihak PDRM dan DBKL mengambil serius bagi mana-mana pengunjung yang melanggar kesalahan penggunaan Taman Persekutuan Bukit Kiara di bawah Undang-undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012 seperti berikut:
3. Mana-mana orang di dalam mana-mana taman yang –
(a) mengalih atau merosakkan apa-apa notis, undang-undang kecil, peta atau pelan atau apa-apa benda yang dipamerkan di taman itu;
(e) mengalihkan, memindahkan, merosakkan datau mencacatkan mana-mana tempat duduk, perkakas tempat permainan kanak-kanak, utiliti atau peralatan lain;
(dd) memaku, mengikat, menyimpul, merantai, melukis, menconteng, mengecat, menyembur, menanda, melekat, mengukir, mempamerkan, meletakkan atau menggantung apa-apa benda di atas mana-mana pokok, tumbuhan atau struktur;
4. (1) Tiada seorang pun boleh menyebabkan mana-mana binatang kepunyaannya atau di dalam jagaannya dibawa masuk atau berada dalam mana-mana taman.
Mana-mana orang yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672