Memandangkan Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berlarutan dari November 2023 sehingga Mac 2024, Jabatan Landskap Negara (JLN) melalui Bahagian Taman Persekutuan (BTP) telah menjalankan pemeriksaan pokok-pokok berisiko secara berkala di Taman Persekutuan Bukit Kiara.
Hasil dari pemeriksaan yang dilakukan, sebanyak 10 batang pokok telah dikenal pasti mempunyai risiko untuk tumbang. Kebanyakan pokok-pokok ini telah dihinggapi anai-anai dan sudah reput. Enam (6) daripadanya dikategorikan sebagai berisiko tinggi kerana berisiko untuk tumbang dan boleh memudaratkan orang ramai.
Bagi memastikan keselamatan pengunjung taman dan aset kerajaan, pokok-pokok tersebut perlu ditebang untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau insiden yang tidak diingini. Pokok-pokok ini akan digantikan dengan anak pokok yang sesuai dengan persekitaran Taman Persekutuan Bukit Kiara. Kerja-kerja menebang dan menggantikan pokok-pokok ini dijadualkan pada 07 hingga 14 Disember 2023.
Mohon kerjasama para pengunjung untuk lebih berhati-hati semasa kerja-kerja penebangan ini dilaksanakan.
Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10,
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672