Carian

Program Malaysia Prihatin - Norma Baharu Berekreasi: YBM

  • March 15, 2021
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Komuniti
  • 107
Pada 13 Mac 2021 telah berlangsung Program Malaysia Prihatin Norma Baharu Berekreasi di Zon Rekreasi Keluarga Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Program yang disempurnakan oleh YB. Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dihadiri kira-kira 200 pengunjung dengan mengekalkan #penjarakansosial di dalam berekreasi di taman.

Program ini adalah merupakan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kesedaran komuniti memerangi wabak Covid-19 dan memupuk pembudayaan norma baru dalam berekreasi dikalangan masyarakat.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan pengurusan tertinggi KPKT Malaysia terutamanya kepada YB. Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin yang sudi menyempurnakan program tersebut dengan jayanya dan jemputan yang hadir memeriahkan majlis.

Terima kasih juga diucapkan kepada Pr1ma Homes yang sudi meminjamkan sebanyak 12 buah basikal yang telah digunakan dalam acara ini. Selain itu juga, jutaan terima kasih kepada team basikal SWcorp Malaysia dan SWcorp Wilayah Persekutuan yang turut serta berbasikal dalam acara ini.

Jabatan Landskap Negara juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat di pelbagai peringkat di Jabatan mahupun KPKT. Tidak lupa juga kepada pasukan kerja yang bersungguh-sungguh dalam memastikan kelancaran acara ini. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung di dahului dengan ucapan terima kasih.



Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672