Carian

Pengawasan Keselamatan Dan Pematuhan SOP Penggunaan Taman di Taman Persekutuan Bukit Kiara

  • December 06, 2021
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Komuniti
  • 149
Pengguna taman adalah diingatkan supaya mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa menggunakan kemudahan rekreasi di Taman Persekutuan Bukit Kiara. Kekal menjaga penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan mendaftar di pintu masuk taman yang dibenarkan. Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dari balai Polis Taman Tun Dr. Ismail senantiasa membantu mengawasi penguna disamping menjaga keselamatan awam sepanjang masa.
Sekalung penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) terutamanya kepada Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail.
Jabatan Landskap Negara mengucapkan selamat maju jaya kepada tuan yang kini telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Arau yang baharu.





Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672