Carian

Laporan Aktiviti Bulan Disember 2020

  • December 29, 2020
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Bulanan
  • 78
Ketua Pengarah JLN, Puan Hajah Rotina Mohd Daik, telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kawalan Keselamatan Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK), Kuala Lumpur pada 24 Disember 2020.
Ianya turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Penguatkuasaan & Teknikal, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, DBKL Cawangan Segambut, Balai Polis TTDI, Balai Polis Sri Hartamas dan Syarikat Kawalan Keselamatan, SecurePro Asia.
Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan isu-isu keselamatan, aktiviti pencerobohan, pematuhan kepada SOP PKP dan vandalism yang berlaku di TPBK. Tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pengunjung yang melanggar kesalahan penggunaan Taman Persekutuan Bukit Kiara di bawah Undang-undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012 dan SOP PKP.


Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672