Carian

Konsep Pembangunan

  • November 17, 2019
  • Muhammad Fakri Zaki Abadi bin Ahmad Zairi
  • TPBK
  • 426


Pembangunan Taman Persekutuan – TABB Bukit Kiara adalah bertemakan Taman Arboretum. Taman didefinisikan sebagai kawasan yang dilindungi samada secara semula jadi atau dirancang untuk tujuan rekreasi dan berhibur, kawasan pemeliharaan hidupan liar dan habitat semula jadi.  Ia terdiri daripada elemen semula jadi seperti batu-batuan, flora dan fauna, rumput, air dan lain-lain dilindungi undang-undang. Arboretum membawa maksud kawasan yang ditanam dengan koleksi pokok-pokok. Ia boleh berfungsi sebagai sumber penyelidikan, kegunaan rekreasi mahupun sekadar menjadi kawasan yang mempamerkan kepelbagaian spesis pokok.

Konsep Pembangunan Taman Persekutuan Bukit Kiara telah dirumus berdasarkan keadaan fizikal tapak serta aktiviti semasa di mana pendekatan bagi pengekalan ciri semula jadi tapak diutamakan dengan penekanan terhadap 3 elemen utama iaitu Hutan, Air dan Manusia. Sehubungan itu, konsep PARK + ARBORETUM dicadangkan bagi pembangunan Taman Persekutuan Bukit Kiara.


DASAR PEMBANGUNAN

  1. Muzium hidup koleksi pokok utama, pokok renek dan tanaman penutup bumi Hutan Hujan Khatulistiwa.
  2. Ditanam mengikut rekabentuk senibina landskap hutan semulajadi serta ekologi setempat.
  3. Pengekalan spesis tanaman yang unik dan menarik.
  4. Penambahan varieti tanaman untuk generasi masa depan.
  5. Keunikan taman untuk masyarakat, pencinta alam, penyelidik, para profesional bagi segi koleksi tanaman, program pembelajaran, interpretasi, penyelidikan dan rekreasi.


MATLAMAT PEMBANGUNAN

Menjadikan Bukit Kiara sebagai sebuah taman rekreasi awam berskala besar yang mampu menampung keperluan riadah pelbagai lapisan masyarakat serta penyelidikan dan pembelajaran alam dengan mengekalkan ciri – ciri semulajadi tapak.


KOLEKSI TAMAN ARBORETUM

  • 9 GENUS, 163 SPESIS daripada pokok kaum DIPTEROCARP
  • 94 FAMILI, 760 GENUS, 4100 SPESIS pokok kaum NON-DIPTEROCARP


KONSEP PEMBANGUNAN - ARBORETUM TROPIKAL KHATULISTIWA

Pembangunan Taman Persekutuan – TABB Bukit Kiara adalah berdasarkan kepada konsep untuk membentuk Taman Arboretum Tropika yang akan ditumbuhi oleh koleksi tumbuhan atau pokok yang terdapat di Hutan Hujan Tropika Khatulistiwa. Koleksi hutan berkayu yang akan ditanam di kawasan ini adalah dari jenis yang terdapat di kawasan garisan lintang 3 darjah ke utara dan selatan garis khatulistiwa.


Pembangunan zon ini adalah untuk memperkayakan semula taman dengan pokok-pokok hutan berkayu daripada spesis Hutan Hujan Khatulistiwa. Koleksi utama ialah Hutan Hujan Tropika Asia Pasifik. Di samping itu, terdapat juga koleksi Zon Arboretum Hutan Hujan Tropika Afrika dan Zon Arboretum Hutan Hujan Tropika Amerika Selatan.


 Muat-turun fail dibawah untuk maklumat lebih lanjut.

Konsep Pembangunan TPBK 1/4.pdf

Konsep Pembangunan TPBK 2/4.pdf

Konsep Pembangunan TPBK 3/4.pdf

Konsep Pembangunan TPBK 4/4.pdf

Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672