Carian

KAJIAN ENTOMOLOGI MALARIA DAN FILARIASIS DI TPBK, KUALA LUMPUR

  • November 11, 2021
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Kajian Entomologi
  • 265

Jabatan Landskap Negara dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya telah bekerjasama menjalankan kajian Entomologi Malaria dan Filariasis di Taman Persekutuan Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Kajian yang sedang berjalan ini dilaksanakan bertujuan untuk melengkapkan profail vektor malaria dan filariasis di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kaedah kajian adalah dengan kutipan jentik-jentik dan tangkapan nyamuk dewasa yang dilakukan pada 2 sesi iaitu jam 9.00 pagi – 1.00 petang dan 6.00 petang – 12.00 malam.Kajian ini penting bagi memastikan tiada penularan penyakit bawaan vektor seperti nyamuk di taman ini dan mengingatkan pengunjung sentiasa menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata.

Jabatan Landskap Negara senantiasa berusaha memastikan Taman Persekutuan Bukit Kiara menjadi salah satu destinasi yang menarik kepada pengunjung bagi menjalankan pelbagai jenis aktiviti rekreasi berkonsepkan landskap semulajadi dengan selamat.


Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672