Carian

Usaha warta Taman Persekutuan Bukit Kiara telah lama

  • September 29, 2021
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Media
  • 35

PERANCANGAN Pewartaan Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dimulakan dan dimajukan di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Susulan pewartaan itu, ia berada di bawah kelolaan Jabatan Landskap Negara (JLN) dan diletakkan di bawah kawalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

Tegas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa, selepas usaha pewartaan dilakukan, hanya kira-kira 270 ekar tanah digazetkan manakala bakinya akan diwartakan selepas pajakan tanah kepada syarikat swasta tamat.

“Kenyataan menteri pada masa itu (Khalid Abd Samad) adalah 404 ekar atau tujuh lot tanah tetapi sebenarnya yang telah digazetkan adalah 274.13 ekar.

“Kekurangan ekar tanah yang digazetkan pada bulan Februari 2020 dan dibetulkan pada Mac (tahun yang sama) adalah kerana terdapat lot tanah yang diberi pajakan kepada syarikat tertentu (pemancar satelit).

“Oleh kerana masih ada tujuh tahun berbaki maka pewartaan bagi 130 ekar ditangguhkan sehingga tempoh pajakan tamat dan ia akan diwartakan sebagai kawasan tambahan kepada Taman Persekutuan Bukit Kiara sekali gus melengkapkan jumlah asal, 404 ekar,” jelas beliau.

Annuar berkata demikian bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai berikutan kenyataan Ahli Parlimen Segambut yang mendakwa Pewartaan Taman Persekutuan Bukit Kiara diluluskan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bagi memenuhi janji Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) kepada pengundi Segambut.

Mengulas lanjut tentang dakwaan itu, ujar Annuar, Taman Persekutuan Bukit Kiara yang dimaksudkan atau disebut sebagai Taman Awam Berskala Besar Bukit Kiara telah diumumkan hasrat pewartaan oleh Khalid Abd Samad (selaku Menteri Wilayah Persekutuan) pada 2 Disember 2019.

Jelasnya, pengumuman pada 21 Februari 2020 itu terdapat kesilapan dan ia kemudian digazetkan semula pada Mac 2020 seperti perancangan awal iaitu tanah yang dirizabkan adalah untuk taman awam dan zon arbotarium atau zon penanaman pokok hutan.

Dengan penjelasan itu, Annuar berharap isu berhubung taman berkenaan tidak dibangkit dan dikelirukan mana-mana pihak. – WILAYAHKU

wilayahku.com.my



Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672