Carian

Tinjauan Ketua Pengarah Landskap Negara ke Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK)

  • November 18, 2020
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Komuniti
  • 61

Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK), Kuala Lumpur sedang giat dibangunkan oleh Jabatan Landskap Negara. Pembangunan berfasa yang sedang dilaksanakan adalah untuk kemudahan pengunjung di masa hadapan. Ketua Pengarah Landskap Negara, Puan Hajah Rotina Mohd Daik, telah meninjau pembangunan TPBK dan memastikan kelestarian landskap semulajadi kawasan kekal dipulihara.

Ketua Pengarah Landskap Negara juga meninjau pengurusan dan penyelenggaraan taman agar sentiasa memberi keselesaan dan menjamin keselamatan pengunjung.
Satu sesi temubual bersama Akhbar Wilayahku juga telah diadakan bagi mempromosi TPBK sebagai destinasi rekreasi berkonsepkan alam semulajadi bagi warga kota dan merupakan taman persekutuan pertama di negara kita. Lawatan ini turut disertai pegawai dari Bahagian Taman Persekutuan yang diketuai oleh Puan Mariam Zainal.

Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672