Pada hujung minggu inilah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga di taman-taman rekreasi awam. Bagi warga Kuala Lumpur, Taman Persekutuan Bukit Kiara adalah destinasi menarik warga kota untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi.
Taman yang diselenggara dan diuruskan oleh Jabatan Landskap Negara ini pastinya akan memberikan pengalaman yang menarik kepada yang berkunjung ke sana.
Ketika berada di taman-taman awam, sila amalkan Norma Baharu seperti jaga penjarakan fizikal, mengambil suhu sebelum memasuki taman awam, menjaga kebersihan diri dan peralatan yang dibawa bersama ke taman seperti basikal, papan luncur dan sebagainya. Kerap membasuh tangan anda dan memakai pelitup muka sebelum dan selepas menjalankan aktiviti rekreasi di taman awam.