Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual seperti pemangkasan dahan pokok di Taman Persekutuan Bukit Kiara sememangnya dilaksanakan bagi menjamin keselamatan pengunjung.
Selain daripada mengurangkan risiko pokok tumbang dan dahan patah akibat hujan, pemangkasan pokok amatlah penting bagi menghasilkan struktur dahan pokok yang lebih kukuh dan mengalakkan penghasilan dahan dan cabang baru serta memastikan saiz optimum pokok sihat. Aktiviti pemangkasan pokok seperti pemangkasan cabang-cabang yang mendekati tanah juga merupakan langkah pencegahan penyakit kulat.
Jabatan Landskap Negara senantiasa berusaha memastikan taman persekutuan Bukit Kiara menjadi salah satu destinasi yang menarik kepada pengunjung bagi menjalankan pelbagai jenis aktiviti rekreasi berkonsepkan landskap semulajadi dengan selamat.