Carian

Kunang-Kunang, Spesis Unik Di Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK)

  • January 11, 2021
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Informasi
  • 83
Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK) bukan sahaja merupakan khazanah landskap flora semulajadi, malah merupakan habitat kepada pelbagai spesis fauna terutamanya serangga. Salah satu daripada spesis unik yang terdapat di sini adalah kunang-kunang.
Kunang-kunang yang dari spesis Lamprigera juga dikenali sebagai Kunang Mas bagi penduduk tempatan kerana cahaya nya kelihatan seperti warna emas.
Spesis Lamprigrera ini adalah spesis kunang-kunang yang terbesar di dunia. Saiz serangga bercahaya ini adalah sehingga 11cm panjang terdapat di denai-denai, pinggiran jalan dan di sebalik timbunan daun-daun kering di sekitar kawasan ini.
Bagi mengkaji dengan lebih mendalam spesis ini, Jabatan Landskap Negara (JLN) dalam usaha untuk membuat kajian perbandingan spesis kunang-kunang di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti termasuk Taman Persekutuan Bukit Kiara.
Hasil dari kajian ini, akan membantu JLN untuk mengenalpasti jenis tanaman yang sesuai untuk habitat serangga ini.
JLN sentiasa memastikan keperluan flora dan fauna dipulihara bagi keperluan generasi akan datang. Bantu lah JLN dengan menjadi pengunjung berhemah dan tidak merosak sumber landskap semulajadi negara.


Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672