Carian

PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP DI TAMAN PERSEKUTUAN BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

  • February 28, 2022
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Komuniti
  • 26
Pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan rondaan oleh pasukan PDRM dari Balai Polis TTDI di Taman Persekutuan Bukit Kiara dilaksanakan secara berkala bagi menjamin keselesaan optimum dan keselamatan pengunjung dalam menjalankan aktiviti rekreasi.
Oleh itu, pengunjung taman dinasihati agar terus mematuhi garis panduan dan SOP semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pendaftaran pengesanan kontak, penjarakan fizikal individu/kumpulan dan kerap membersihkan tangan.
Jabatan Landskap Negara senantiasa berusaha memastikan taman persekutuan Bukit Kiara menjadi salah satu destinasi yang menarik kepada pengunjung bagi menjalankan pelbagai jenis aktiviti rekreasi berkonsepkan landskap semulajadi dengan selamat.


Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672