Carian

Riadah Dengan Norma Baharu

  • November 23, 2020
  • Pentadbir Sistem Utama
  • Konsultasi
  • 97

Nikmati suasana alam semulajadi yang indah dan terpelihara di Taman Persekutuan Bukit Kiara (TPBK), Bukit Kiara Kuala Lumpur. Jadikanlah taman ini sebagai destinasi rekreasi bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang menyihatkan dan pastinya memupuk gaya hidup yang sihat.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) ini, sila patuhi papan tanda di tapak dan amalkanlah norma baharu seperti penjarakan fizikal, mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera atau merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran di pintu masuk TPBK, serta mengambil suhu badan. Pastikan anda dalam keadaan sihat sebelum hadir ke TPBK bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengunjung lain.

Jabatan Landskap Negara sentiasa berusaha menguruskan TPBK bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengunjung dan menjadikan Taman Persekutuan ini sebagai destinasi utama bagi aktiviti rekreasi berkonsepkan alam semulajadi warga kota.










Carian
Hubungi Kami

Bahagian Taman Persekutuan
Aras 8, Blok F10, 
Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Presint 1, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Tel.: (603) 8091 0500
Faks.: (603) 8091 0672